DARMAWISATA BAHASA MELAYU KE BRUNEI DARUSSALAM


Advertisement
Brunei's flag
Asia » Brunei » Temburong
July 6th 2014
Published: July 6th 2014
Edit Blog Post

HARI TIGA (4 JUN)



Setelah sarapan pagi yang agak awal, kami meneruskan perjalanan ke Sekolah Rendah Selagan. Kami diajar beberapa permainan tradisional dan merasai lebih banyak makanan tempatan yang enak melalui interaksi dengan pelajar-pelajar Sekolah Rendah tersebut. Saya juga sempat tanya Cikgu Zuridah yang berumur 34 tahun yang mengajar di Sekolah Rendah tersebut mengapa dia sanggup tinggal di perkampungan Temburong dan tidak berpindah ke bandar. Dia berpendapat yang Temburong berlainan daripada bandar. Ianya sangat aman dan ada tempat-tempat unik seperti air terjun dan rumah penginapan kaum Iban yang dikenali sebagai rumah panjang. Dia berpendapat yang negara Brunei adalah negara yang menarik di mana Sultan mereka juga sangat murah hati.

Kami berkelah di Bukit Patio Recreational Park dimana kami terserempak dengan ular hijau yang beracun. Kami dilarang mendekatinya.

Setelah makan tengahari, kami melawat ke sawah padi yang padinya semua sudah habis dituai. Kami hanya dapat lihat beras yang sudah diisi ke dalam guni.

Setelah pulang ke lodge dan berehat sebentar, kami berlepas untuk melawat ke rumah panjang.



Di rumah panjang, saya wawancara dengan Duyana. Saya diberitahu yang setiap keluarga tinggal di dalam sebuah bilik di dalam rumah panjang. Semua mereka yang tinggal di dalam setiap rumah panjang yang sama adalah saudara mara. Duyana beritahu saya yang dia suka tinggal di Brunei kerana Brunei "Darulsalam". Ianya sangat aman dan damai.

Advertisement



Tot: 0.088s; Tpl: 0.009s; cc: 6; qc: 47; dbt: 0.0488s; 1; m:domysql w:travelblog (10.17.0.13); sld: 1; ; mem: 1.1mb