Mutiara yang Terselindung


Advertisement
Turkmenistan's flag
Asia » Turkmenistan » Ashgabat
March 25th 2011
Published: October 7th 2011
Edit Blog Post

Kota Lama ParthiansKota Lama ParthiansKota Lama Parthians

Pandangan sisi kota purba Old Nissa
Lokasi : Old Nissa, Ahal Province, Turkmenistan
Tarikh lawatan : 12 March 2011
Hari sabtu, selalunya aku masih lagi bergelimpangan enak diatas katil empuk didalam apartment yang disewa oleh syarikat untukku, namun pagi itu aku ketepikan segala keinginan untuk terus berselimut dan tidur sehingga tengahari. Awal pagi aku sudah bersiap kerana aku telah berjanji dengan rakan2 sepejabat untuk melawat sebuah kota peninggalan sejarah yang terletak 18 km dari Ashgabat.
Kota yang dimaksudkan adalah Old Nissa iaitu salah sebuah kubu lama yang ditinggalkan dan telah pun diwartakan oleh UNESCO sebagai World Heritage Site. Masa yang diambil untuk kesana tidaklah lama memandangkan jalan yang menghubungkan Ashgabat dan Old Nissa agak moden dan selesa. Untuk pengetahuan semua, kota ini terletak tidak jauh dari sempadan Iran dan apa yang aku perhatikan, terdapat sebuah surau yang dinamakan Iran Mosque berdiri megah disitu menunjukkan hubungan Iran dan Turkmenistan agak baik.
Old Nissa yang juga merupakan Bandar Utama puak Parthians yang diasaskan oleh Arsaces (yang memerintah pada 250-211 sebelum masihi) sebenarnya telah tenggelam selepas berlakunya peristiwa gempa bumi yang dahsyat sebelum ini. Namun diatas usaha yang dilakukan oleh UNESCO dan kerajaan Turkmenistan, sisa peninggalan kota ini dipulihkan dengan kerja mengorek dan membaikpulih bangunan2 dikawasan itu. Sehingga kini, masih kelihatan kawasan2 yang dipagar dengan riben menunjukkan usaha membaikpulih sedang dilakukan
Walaupun kecil, ianya tetap memukau pandangan aku kerana aku berasa sangat kagum dengan rekabentuk kota ini dan kadangkala aku cuba untuk membayangkan bagaimana aktiviti2 yang terdapat semasa era kegemilangan kota ini ratusan tahun dahulu. Kelihatan bangunan2 tersebut dibina dengan tanah liat yang dicampurkan dengan hampas rumput yang aku sendiri pun tidak tahu apa tujuannya. Mungkin juga untuk menguatkan lagi struktur bangunan tersebut. Siapa tahu….
Cuaca mendung dan hujan dikawasan yang berdekatan membuatkan aktiviti bergambar kami dipercepatkan. Kami bergegas ke kawasan bukit untuk menikmati pemandagan yang lebih menarik sebelum kembali semula ke van yang sedang menanti kami untuk makan tengahari di sempadan Iran. Nasi beriyani bersaiz agak besar menjadi menu kami tengahari itu….


Advertisement



Tot: 0.076s; Tpl: 0.01s; cc: 8; qc: 48; dbt: 0.0543s; 1; m:domysql w:travelblog (10.17.0.13); sld: 1; ; mem: 1.1mb