DARMAWISATA BAHASA MELAYU KE BRUNEI DARUSSALAM


Advertisement
Brunei's flag
Asia » Brunei » Temburong
July 3rd 2014
Published: July 6th 2014
Edit Blog Post

HARI SATU (2 JUN)




Kami tiba di Bandar Sri Begawan, Brunei lebih kurang selepas dua jam berlepas dari Singapura. Kampung Air ialah tempat yang pertama kami lawati. Walaupun kerajaan Brunei sanggup menyediakan rumah bersama-sama tanah untuk meraka tinggal, masih ramai lagi penduduk kampung air yang tidak sanggup berpindah dari rumah di atas air meraka yang unile itu. Kami berjaya mendapat pendapat dari pada penduduk Kampong Air mengenai perkara ini. Bagi kami ia adalah agak menyusahkan untuk tinggal di atas air di mana memerlukan sampan untuk pergi ke mana-mana saja. Namun bagi perduduk di Kampong Air, tinggal di atas air adalah kehidupan yang menakjubkan mereka ada acara menarik seperti perlumbaan bot dan rumah mereka adalah sangat rapat sehingga mereka boleh meghulurkan garam jiran perlu meminjamnya. Satu lagi fakta khas ialah rumah-rumah di Kampong Air ini hanya boleh ditinggalkan untuk anak cucu atau dijual kepada ahli keluarga sendiri sahaja. Jual-beli rumah di Kampong Air dengan orang asing selain ahli keluarga adalah dikarang sama sekali. Penduduk rah air yang kami lawati sangat ramah-tamah dan mesra. Mereka memyediaka banyak jenis makanan tradisional seperti kuih bahulu dan kuih jelurut untuk kami cuba. Setelah meninggalkan Kampong Air, kami meneruskan perjalanan ke Orkid Garden Hotel dimana kami menginap untuk malam tersebut bersama-sama makan malam di hotel tersebut. Selepas makan malam, kami melawat ke pasar malam yang berhampiran. Hampir semua makanan yang dijual dengan pasar malam harga $1 (matawang Brunei) dan makanan yang dijual kelihatan semuanya enak dan lazat. Penjaya di pasar malam tersebut juga ramah tamah dan mesral. Perjalanan kami untuk hari pertama di Brunei berakhir dengan tempatnya perjalanan kami di pasar malam dan kami semua pulang ke bilik hotel masing-masing.

Advertisement



Tot: 0.051s; Tpl: 0.01s; cc: 7; qc: 23; dbt: 0.0232s; 1; m:domysql w:travelblog (10.17.0.13); sld: 1; ; mem: 1mb